Final is cominggggg !!

Assalamualakum w.b.t. Hai semua :D *ajet ada org nak baca jee* Ha, lantak kau lah nak baca kee tak. Aku just nak cotcetcotcet je kat sini. Well, berbalik pada tajuk asal aku tu. Ha, lagi tiga hari jee ni nak final. Yang aku masih terkapai-II untuk mengupdate blog entah kenapa jadi rajin gila. Haha. Anyway, bila nak dekat final, so sem2 akan melabuhkan tirai taklama jee lagi. Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang untuk belajar dibumi POLISAS ni. Hmm. 

*takada motif nak letak gambar*
Actually aku sayang diorang sebab diorang sememangnyaa bestie aku! Muahh aetepek :*

Okay, ni semua gambar masa malam penutupan kamsis.
                           kami bergambar dengan bumblebee :D *eh, betul ke ejaan ceni? #abaikan haha

Alahai, omeynyaaa! *perasan* masa ni dekat kafe. Lapar okay, lapar.

Kami berdua seperti biasa dengan budak secretary. Ewahhh :D nama dia nuhaaa :) anyway, sememangnya bestie aku, chy! iloveher somuchh! siapa berani buat dia sakit hati, memang nak makan kaki aku :')

Gambar lagi. Okay, aku tahu korang bosan tengok muka aku yang kiut miut tuu. Takpe, korang boleh #abaikan. Haha

Ayuuu gituuu. Hahaha :D
And, finally, aku takkan lupakan #librarian. 

That's it for today. Oh, lupaaa. Guys! doakan student polisas bakal menjawab exam starting next week. Moga Di beri kemudahan In shaa Allah. #Love you! *eh? kat siapa? Hahaha #abaikan lagi
Thanks for reading. Assalamualikum :*

SUKA HATI LAH NAK POST APA ;) :D


Kay, kay aku tahu tajuk kat atas tu mcm entah apa-apa. kalau rasa takpuas hati, meh lah cakap depan-II.*bajet berani je*. Assalamualaikum w.b.t guys!! rindunyyyyeeee korang *suara manja*. Hahaha. aku actually taktahu nak update apa kejadah. Au chakkkk!!!! cantik tak blog aku? hahaha. aku tahu blog aku tak mcm korang *pandang tempat lain sambil berlinangan air mata*.

 Bismillahirrahmanirrahim. Aku rasa mcm sebak je nak tinggal rumah. lagi-ii baru balik dari kubur. Hmm. Nanti mak aku mesti rindu kat anak dia yang comel sorang nie. Hahaha *padahal aku yang rindu kat mak setengah mati* but, sokay. Rindu yang halal. Hihi. *ustazah nabilla* okay guys. aku bersyukur tersangat-ii. berkat doa mak, and kawan-ii semua, keputusan aku alhamdulillah. okay. you know guys, aku call abg aku konon nak buat surprise lahh kan. then aku call-> dia angkat-> aku pun, hello abg, adik nie. adik dah dapat result final sem haritu-> abg aku pun jawab-> hmm, dapat berapa-> aku cakap lahh, tak banyak pun 3.18 jee->oh, okay lahhtu. btw, abg balik hari jumaat. kau balik poli bila?->adik balik hari khmis lah abg-> alohhh, baru nak ajak makan durian musaking. takpelahh abg hantar bau je kay. bye->aku pun mcm aikkk? apa motif aku bagitahu? grrr--" dah lah takdapat makan musaking. hmm :/ sedapnyaaa. takpe lahh. takada rezeki, nak buat mcm mana kan. hihi. *pujuk hati sendiri*. 5 minit lepas tu aku call kakak ipar aku pulak a.k.a isteri abg aku tu. call->kakak angkat-> kakak! maksu dah dapat result final sem.-> hahhhh??? dapat berapa?-> huyooo. taksabar akak ekk. cer teka maksu dapat berapa? *muka senyum-ii*-> eh, maksu nie, akak tanya betul-ii nak suruh teka pulak.-> aku pun , alahhhh bukan selalu boleh main teka-ii dengan kakak ipar. lagipun bagus utk baby dalam perut tu.*kay takada kena mengena*-> cepat lahh bagitahu kakak-> grr--" okay-II maksu bagitahu. maksu dapat 3.18 jee.semua sekali 4A3B1C+.->kakak aku pun -> woahhh, tahniah dikkk. kalau maksu ada sini, boleh kakak buat kan nasi carrot-> aku pun, glurrrppp. and dalam hati cakap *kakak nie, kalau taknak buat jangan lahh cakap* hahahaha :D kakak aku nie memang kelakar.

so, itu antara reaksi adik beradik aku yang sangat happening bila masa aku nak dapat result. kemain semua :D aku yang kat sini menahan tekak. hewhew. takpe, takpe. hmm :/

Esok pulak sudah mula utk aku buka buku baru dimana aku menjejakkan kaki dipolisas dengan tanggungjawab dan harapan keluarga aku. In shaa Allah, i will do my best ^^. To my beloved mom, i will always remember what you said. *sentiasa jaga maruah keluarga walau dimana kau berada. biarlahh kita dihina sebab kita miskin harta, tapi jangan kita dihina kerana miskin ilmu. itu adalah sebaik-ii harta*. kay, aku tengah sebak sekarang nie.* siapa tak sebak kan, aku je harapan dan tonggok mak aku.

Haaa, sudah lah. penat tangan nie nak menaip. Next time, kalau ada masa yang panjang berjela-II aku update lagi pasal apa-II je lahh. hihi. *bajet ada orang nak baca kan? nyampah mak tau *versi pon@@@* opsss! taknak cakap. hihi. okay lahh. thats all for today *konon cita-II dulu nak jadi cikgu omputih* hahaha. kay, kay daripada aku melalut lebih panjang, kita akhiri entry ini dengan ucapan Assalamualaikum w.b.t

#Love,

Something To Share :D

Assalamualaikum readers. Hmm. Entry kali nie aku taknak cerita apa-II. Just nak share sikit kata kata hikmah yang berguna utk diri kita :) selamat membaca!

1."Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

2. "Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

3."Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang."

4. "Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat."

5. "Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

6. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."

7. "Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."

8. "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."

9.  "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."

10."Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya."

Semoga bermanfaat untuk diri kita semua. Thanks to all :') Assalamualaikum.

Class DTM I C

Assalamualaikum w.b.t. Ehem-II act, taktahu nak post apa kejadah sebab dah bersawang blog nie. Mcm blog taksiap je rupa :( Haih. Rasa mcm nak cabut blog nie then bawak pergi class and every seconds nak update benda baru. Hihihi. Anyway, sekarang aku dah melangkah setapak lagi untuk meneruskan perjuangan ini. Ececeh dah macam sasterawan melayu dah aku nie. And now aku digelar sebagai mahasiswi. Wah, wah. Macam tak cayo jo den dah bosar nie ha. Hihi ^^
      So, sekarang nie aku menunutut di salah sebuah IPTA yang sangat membanggakan. Ececeh :) And, and aku minat sangat dengan course yang aku ambil nie. Rasa mcm rezeki je dapat masuk ini even polytechnic je kan. Hmm. And aku ditempatkan di satu kelas yang pada mulanya aku tak kenal sesiapa pun dalam kelas. Now, aku dah rapat gilaa mcm adik beradik dah dengan classmates aku semua. InsyaAllah :) Best tau. Aku nak cerita sikit pasal class mates aku nie.
      For the mukadimah, I will introduce my besties yang selalu ada dikala susah dan senang aku masa kat poli nie. Dan mereka adalah Najwa Khalijah and Syahirah. Mereka tersangat lahh sporting. Najwa nie aku taktahu lahh dia nie keturunan apa. Tapi aku rasa rendah diri bila kawan dengan dia sebab dia nie cantik sangat. SubhanAllah :) Dia tak pernah membangga diri. And selalunyaa problems aku mesti dia tahu. Bestie kedua, syera. Dia nie pulak berketurunan jawa mcm aku. So, najwa selalu kena buli dengan kitorang sebab dia takreti berjavanese. Hihi. Nampak disitu kejahatan yang terserlah. Hihi. Sorry tau najwa :) And now najwa dah berhenti. So tinggal kami berdua je :'( aku punya lahh melalak bila dapat tahu si najwa nie nak berhenti. Tapi, itu semua kan hak masing-II. Aku redha dgn keputusan dia. And aku tahu dia buat keputusan yang tepat untuk diri dia sendiri.
     Bila si najwa nie dah menghilang so, aku mula merapatkan diri dengan geng-II Hotstuff dalam kelas tu. Nak tahu siapa ? Si Eyla, Jemah, Syaz, Tirah, Cici and etc. Hahahaha. Seronok ohh kawan dengan diorang :D Diorang nie kalau dah start shopping, memang tak berhenti lahh kan. Kesian ohh aku kena buli dengan diorang. Hihi. Anyway, seronok gila melayan kegilaan mereka semua ^^.
    For the next person, dua minah yang sangat pekat pahang nya iaitu si eja dengan si wani. Diorang nie memang pure gilaa lahh pahang tu. Sampai geng-II hotstuff mcm takpercaya yang aku org pahang sebab cara aku cakap tak sama mcm dua orang minah pahang nie. Hihi.
    Raihan, Wawa, Nina, Kinah, Mek. Nie semua geng-II blok CA. Dulu aku pernah rapat dengan wawa. Takut aku bila dapat tahu yang bapak dia pegawai penjara. Hihi. Tapi, dia baik :) comel je orangnyaa. Raihan, penolong ketua kelas yang sangat soft-spoken orangnya. Selemah lembut si raihan nie, suka jugak dia buli aku. Haih. Sokmo lahh jadi mangsa buli dalam kelas tu. Kinah pulak dulu aku tengok dia ni seorang yang sangat pendiam. Hmm. Bila dah lama-II mula lahh dia keluar tanduk. Rupanya , dia memendam bakat menjadi raja lawak. Kelakar gilaa dengan si kinah minah utara nie. Hahahah. Memang ngam lahh dengan partner dia mek yang agak pendiam tu :) Nina pulak boleh tahan jugak suka membuli aku. So, aku dah tak heran dah dengan bulian mereka semua tu. Hihi.
      Tuan denga Eyla. Diorang nie memang ohsem lahh kan sebab sorang tu dari Ganu sorang lagi pulak dari kelantan. Memang tak lari mana lahh loghat diaorang. And-II aku ingatkan si tuan ni skema orgnya rupa-IInya tak jugak. Hahahaha.
      Budak lelaki dalam kelas aku pulak, tak ramai. Cuma tujuh org je. Okay, antaranya Mirul, Nas, Nami, Kamil, and Irfan. Hihi. And apa yang menarik, ada sepasang kembar dalam kelas aku. Nama mereka berdua Nasri dan Nazri. Macam takada beza pun kan? Wah, wah. Lagi lahh Ohsem kan :D Hmm. Aku takreti sangat pun nak explain panjang-II pasal budak laki nie. Kang, tak pasal-II aku kena boom dalam kelas. Heee :D
    Last but not least aku nak minta maaf kepada sesiapa yang terasa bila baca blog aku ni. Aku update nie sebab aku happy gilaa kawan dengan korang. InsyaAllah. Good Luck untuk diri masing-II for the final okay ^_^

Assalamualaikum.

Ohh Ceramah Lagiii

Assalamualaikum w.b.t /. selamat Tengah hari semua :) Hari nie aku nak kongsi sikit pengalaman aku pergi ceramah AADK tadi . Hew hew . Pergi ceramah pun nak kena bagitahu satu dunia kan ? Teruk betul lahh . :P Hehehe . Bytheway banyak ilmu yang bermanfaat yang aku dapat dekat ceramah tadi . Macam macam benda kelakar jadi kat aku . Heee Okay lahh first the time aku melibatkan diri dgn program yang kena buat group dan group tu ada mak aku sekali then anak buah aku . Hahahaha . Rasa mcm janggal gilaa . Tapi tak pelahh , best jugak satu kumpulan dgn mak sendiri ;) . Anyway mcm biasa lahh bila dah ada aktiviti berkumpulan , kena buat presentation pulakk . So , yang jadi mangsa penyampainyaa pun adalahh aku sendiri . Hahahaha . Kelakar gilaa . Aku pun dengan rela hati bercakap depan pegawai AADK dan para ibu bapa . Eceh mcm penceramah pun ada jugak aku dekat depan tu tadi . Rasa mcm berbakat jadi penceramah nie . Hewhew . Masa aku nak perkenalkan sorang sorang ahli kumpulan tu , aku kenalkan lahh mak aku . Lepastu ada pegawai lelaki tu menyampuk , " oh , ini lahh mak KITA " . Aku pun mcm ??? . Eh , kenapa abg nie  ? Hehe . Sokey lahh aku anggap tu gurauan . Nasib baik mak aku sporting masa tuu . Dua kali buat aktiviti kumpulan , dua kali jugak lahh aku jadi penyampai dekat depan . Hmm . Satu pengalaman yang membanggakan utk diri aku sendiri .
Okaylahh aku nak pergi balik program tu sebab ptg nie ada penyampaian hadiah . kumpulan aku tadi johan masa main permainan "kayu hikmat" . Hahaha . Kelakar . Okay , jumpa lagi entry akan dtg . Assalamualaikum w.b.t . Jaga diri , jaga iman , jaga keseluruhan ^_^ Bye

Haih , Dugaan lagi :)

Assalamualaikum semua :) Harinie aku taktau lahh semua kenangan aku nak ingat . Lepastu mula lahh rasa mcm tempat takungan air nie pecah --" . Bytheway , tanggal 3 Jun 2012 satu satunyaa nenek aku dah pergi mengiringi arwah abah :'(  . Walau mcm mana pun sedih , aku ada Allah . Dia yang bagi dugaan mcm nie sebab Dia tahu aku mampu hadapinya . InsyaAllah . Kebetulan semalam aku mesej dengan dua buah hati aku . Dua dua sibuk study sebab duduk U kan . Sorang UPM sorang lagi UM . Sedih .. Kalau dulu arwah abah aku meninngal , diorang ada depan mata aku , bagi support , chill kan aku . Now , aku tahu walaupun jauh , diorang selalu doakan aku . InsyaAllah i will stronger Nurul Laily Sofea , Ainur Marsitah . Always pary for our friendship will be forever and also insyaAllah until Jannah . Saya sayang awak berdua kerana Allah (ana uhibbuki fillah) . Saya harap kita dapat jumpa lagi satu hari nanti . Okay , back to the title . Alhamdulillah sebelum arwah pergi , aku sempat cium dia , berjenaka dengan dia walaupun hari pengebumian dia aku takada cuma doa aku dari jauh mengiringi pemergian arwah . Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman , insyaAllah :')

Opie , Dikmar , walaupun kau orang jauh aku yakin kau orang selalu dekat dgn hati aku . Aku yakin kita akan jumpa jugak satu hari nanti dengan Librarian , ODYNS semua . Hmm . Opie , aku sedih masa aku call kau haritu . Aku jadi sebak bila dengar suara kau . Tapi , kau pulak yang gelakkan aku . Bila aku cakap aku rindu kau , kau gelak lagi . Sebelum nie aku takpernah cakap lagi depan depan kan ? Ha , dah cakap , kau pulak gelakkan . Tu yang aku malas nak cakap :P Fuhh , banyak pulak airmata aku nie nak keluar --" . Dikmar , doakan nabil yea :) . Masa nabil ckp dengan dikmar malam tadi nabil cover suara sebab rasa nakmenangis :'( . Hmm . Off jea phone , berderai airmata . Fuh , fuh . Thanks to both of you sebab sangat memahi .

Mr.Uci , aku takkan contact kau lagi . Sebab aku tahu kau busy kerja kan ? Bytheway , kalau mesej dgn kau aku tak boleh blaa bila kau kata kau dah boleh jadi ketua keluarga --" hewhew . Aku doakan kau dari jauh yea . Hahahaha . Selamat Bertugas jaga negara :P . Kau baik sangat Mr. Uci . Bytheway , jaga diri , jaga kesihatan . Thanks untuk perhatian kau dan nashat selama nie . InsyaAllah ada rezeki terjumpa mana mana , tegur okey !

Hmm . Thanks sebab sudi baca blog aku yang comel nie ;) Zatul yang editkan , memanglahh comel tengok orang lahh kan . Hehe . Kawan kawan yang banyak menyokong , Nadia Nadiera thanks jugak selalu ada masa dekat sekolahh even kau cepat betul merajuk :P Hahahaha . Jangan marah eh . And semua lahh .  Alhamdulillah . Thanks Allah :') dengan nikmat semua nie . Jumpa lagi entry akan datang insyaAllah . Assalamualaikum w.b.t

Mr.Uci

Hei ! Come back . Hihi . Okay , lupa pulak nak bagi salam . Assalamualaikum semua :) semoga semuanya sihat dan sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya . Aku nak story sikit pasal title aku dekat atas tu . Act , aku taktau nak bagi gelaran apa . Hihi . Okay , Mr. Uci nie sebenarnya kawan rapat tapi tak rapat mana pun sebab . . Ada lahh sebabnyaa -.-" . Aku bagi nama gelaran tu sebab anak anak buah dia yang panggil dia mcm tu . Comel kan ? Hahaha . Secomel orangnya ;) Ha , lupa nak bagitahu . Bila dah ada Mr. kat depan tu of course lah dia nie lelaki . Sangat bangga dapat jadi kawan dia walaupun beza umur yang agak ketara . Tapi aku tak kesah pun . Bak kata orang , kawan biar beribu kekasih biar satu . Setakat nie takada kekasih lagi lahh kan . Hihi

Suka dengan perwatakan dia yang cool , takpernah menunjuk even loaded , selalu merendah diri . Whoa . Yang penting , dia baik :) Harap sangat ah dia tak lupa kawan dia yang jauh sorang nie . InsyaAllah . Aku taktau pulak yang dia dah ada special girlfriend kea belum . Kalau tengok dari segi fizikal , kacak , tinggi , putih . sekali tengok macam tak percaya jugak yang dia nie tak ada girlfriend . Hahaha . Bila ditanya , dia akan cakap " biarlahh dulu , kalau ada jodoh takkan lari gunung dikejar " . Tu jea lah jawapan yang selalu aku dengar . Aku solute ar kat dia kan . Hmm

Okay , tu jea lah kot entry aku utk kali nie . Agak membosankan . Sebenarnya aku tengah berperang dingin dgn Mr. Uci nie . Hahahaha . Jahat en aku ? Biar ar . Jumpa entry akan dtg kay insyaAllah kalau umur panjang . Assalamualaikum . k, baii :P